SEJARAH
SEKOLAH KEBANGSAN SUNGAI WANGI
32400 AYER TAWAR PERAK
Bangunan pertama
Sekolah Kebangsaan Sungai Wangi didirikan pada tahun 1937. Ia diperbuat
daripada papan dan
beratap nipah oleh penduduk tempatan dengan cara gotong-royong dan
pengasasnya ialah
Encik Ismail b. Osman.
Pada tahun 1947
sekolah ini dibangunkan semula dan seterusnya menempuh beberapa
perkembangan dan
perubahan melalui beberapa rintangan dan masalah yang dihadapi oleh
Guru Besar yang
berikut :-
1. En. Abdul Ghani 1946
hingga 1951
2. En. Md
Dom b Hj. Ibrahim 1951
hingga 1958
3. En. Zakaria b Abdul Rahman 1959
hingga 1961
4. En
Kamaruddin b Duaseh 1961
hingga 1981
5. En Md Raji b Baharuddin 1981 hingga 1984
6. En Jauhari b Yahya 1984
hingga 1987
7. En Arshad b Omar 1987
hingga 1989
8. En Zahari b Khalid 1989 hingga
1996
9. En Ibrahim b Md Teridi 1996 hingga 1997
10. En Mas Hashim b Mas Mohamed 1997 hingga 1999
11. Tn Hj. Mohd Basri b Hj Zamzam 1999 hingga 2001
12. Tn Hj Mohd Ghazali b Abd Aziz 2001
hingga 2005
13.
Hjh Suri bt Noordin Ayus
2006 hingga 2008
14. Hjh Zaidah bt Mohd Sidek 2008 hingga 2009
15. En Abd Rahman b Md Salleh 2009 hingga 2014
16. Hjh Zainah Bt Yusof 2014 hingga sekarang
Hanya pada tahun 1982 sekolah ini
mulai menikmati beberapa kemudahan asas seperti
elektrik dan air
dengan peruntukan Pembangun Luar Bandar melalui Wakil Rakyat.
Pada 29 Disember
1983 sekolah ini memperolehi 2 buah bilik darjah tambahan dibawah Projek
Kilat Sekolah Pasang
Siap. Bangunan ini dapat memberi keselesaan kepada murid-murid dan
menggalakkan ibubapa
menghantar anak-anak mereka bersekolah di tempat sendiri.
Oleh kerana pertambahan murid yang
begitu mendadak akibat daripada pertumbahan
penduduk yang di
sekitar taman perumahan yang berdekatan, maka adalah perlu beberapa bilik
darjah lagi ditambah
untuk mengelakkan kelas-kelas bercantum. Maka pada awal bulan Ogos
1986 Kementerian
Pendidikan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 50.000.00 untuk
membina 4 buah bilik
darjah dan bilik pejabat. Projek gotong-royong yang ulung diadakan di
Daerah Manjung ini
mendapat pujian dan menjadi contoh dan satu-satunya projek yang
menguntungkan
kerajaan.
Syukur dengan adanya bilik-bilik
darjah ini program dan rancangan pendidikan yang
kemaskini dan
bersesuaian dapat diwujudkan seperti Kelas Pemulihan Khas, Bilik Pusat
Sumber dan Projek
Khas Pendidikan melalui komputer.Semuanya ini membantu meningkatkan prestasi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini.